Al-Hamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt
di atas nikmat dan limpahNya saya dapat meneruskan kehidupan sebagaiseorang umat islam.Selain itu tidak lupa kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat-sahabat.Tujuan saya menulis esei ini adalah untuk mengenali tentang peranan dan sumbangan masjid kepada masyarakat.Masjid amat penting buat umat islam.Masjid menggambarkan keperibadian umat islam.Dari Anas bin Malik r.a berkata:
Ertinya:
Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".
Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".
Keterangan
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.~
Oleh itu,saya Mohamad Rasidi bin Rasali akan merungkai masjid yang amat terkenal di daerah saya iaitu Masjid Gurun.Masjid ini banyak menyumbang pelbagai sumbangan terhadap individu serta masyarakat di sana.
No comments:
Post a Comment