Sunday, 31 July 2011

Masjid Kariah Pekan Gurun ini terletak dalam Mukim Gurun di daerah Kuala Muda/Yan, Kedah. Masjid ini dibina pada awal tahun 1930an dan terletak disebuah kampung yang merupakan tapak lama masjid ini. Kampung tersebut dinamakan sebagai Kampung Masjid Lama bersempena dengan kewujudan masjid itu satu ketika dulu. Sekitar tahun 1948, iaitu selepas berakhirnya Perang Dunia ke-2. Masjid baru telah dibina dikedudukan masjid sekarang dan kekal sehingga hari ini. Masjid ini pada mulanya dibina separuh papan dan separuh batu. . Pada tahun 1995, masjid ini telah diubahsuai menjadikannya sebuah bangunan berasaskan blok batu sepenuhnya. Kedudukan masjid ini yang terletak ditepi jalan memudahkan ia dikunjungi oleh orang ramai yang singgah sama ada untuk menunaikan solat atau menggunakan kemudahan asas yang telah disediakan disini.





Keindahan masjid Gurun.....




Gambar kenangan saya di Masjid Gurun......




Bedok merupakan alat yang digunakan pada masa dahulu untuk menandakan waktu solat.
Alat ini masih ada lagi di perkarangan masjid tersebut





KEMUDAHAN ASAS

Masjid ini mempunyai kemudahan asas yang lengkap. Tandas di masjid ini dibina dengan mengandungi 8 buah bilik air untuk tandas lelaki dan perempuan. Terdapat 2 buah bilik mandi bagi kegunaan lelaki dan perempuan. Sekitar kawasan masjid terdapat sebanyak 25 pili air yang disediakan untuk kemudahan orang ramai mengambil wuduk. Selain itu terdapat juga sebuah tempat mengambil wuduk khas yang baru dibina untuk keselesaan jemaah terutama pada waktu solat Jumaat dan majlis-majlis tertentu. Sebanyak 25 pili terdapat ditempat wuduk lelaki dan perempuan. Disediakan juga sebanyak 5 pasang terompah termasuk selipar didalam tandas untuk kegunaan orang ramai supaya tidak mengotorkan kawasan tandas. Cermin muka juga turut dilekatkan ke dinding berhampiran sinki dalam tandas lelaki dan perempuan.Dalam pemerhatian saya sewaktu saya menjalankan kajian,saya mendapati tandas di masjid kelihatan agak kuramg menarik dengan keadaan tandas yang kurang ceria tidak kira la tandas lelaki atau perempuan.

Tandas kelihatan tidak ceria


Kawasan ruang solat didalam masjid sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas. Terdapat hampir 40 keping sejadah yang dihampar dan tersusun rapi diatas permaidani. Pengadang wanita yang disediakan didalam masjid berasaskan kayu dan bukan lagi menggunakan kain seperti dahulu. Sebuah almari diletakkan disatu sudut ruang solat wanita yang mengandungi telekung-telekung yang diwakafkan untuk kegunaan jemaah. Sebanyak 10 pasang telekung dan kain pelikat yang telah diwakafkan dan disimpan kemas.


Gambar di sebelah kanan merupakan saf bagi perempuan dan kiri untuk lelaki


Perpustakaan turut terdapat didalam masjid ini. Perpustakaan yang berhawa dingin ini mengandungi pelbagai jenis bahan bacaan untuk tatapan pengunjung. Ia turut dilengkapi dengan sistem komputer. Terdapat hampir beribu bahan bacaan seperti majalah, risalah dan buku-buku lain didalam perpustakaan ini. Semua bahan bacaan ini adalah ihsan daripda Jabatan Penerangan Negeri Kedah disamping sumbangan orang ramai. Selain itu, terdapat sebanyak 100 buah Al-Quran dan 10 buah Al-Quran terjemahan disediakan dalam masjid ini untuk kegunaan jemaah dan orang ramai. Kitab Yasin yang disediakan setakat ini di masjid ini adalah sebanyak 400 buah.

Sistem P. A yang disediakan dimasjid ini agak lengkap. Terdapat 6 buah speaker yang dipasang disekitar bangunan masjid ini. Selain itu, sebanyak 3 mikrofon yang digunakan terutama untuk solat Jumaat dan majlis-majlis seumpamanya. Sistem keselamatan turut dipasang untuk mengelakkan sebarang kecurian. Terdapat sebuah bilik yang berkunci disediakan untuk menyimpan barang-barang ini termasuk pagar besi.

Susunan lanskap disekitar kawasan masjid ini kurang menarik kerana masih dalam proses pengubahsuaian. Namun begitu. kawasan parking dimasjid ini boleh memuatkan sebanyak 50 buah kereta dan 200 buah motosikal pada satu-satu masa.Lori dan bas juga disediakan tempat parking di dalam masjid. Terdapat juga 6 buah kerusi rehat disediakn disekitar kawasan masjid ini. Terdapat 2 tiang bendera yang mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri.
                               

                                                                                                                                                                 
     
Kemudahan tempat duduk(atas)
Susunan lanskap yang kurang menarik(bawah)                                






Peralatan lain turut disediakan didalam masjid ini seperti peralatan untuk mandi mayat dan pengebumian. Selain itu, masjid ini turut menyediakan peralatan untuk mengadakan kenduri seperti khemah, kawah, pinggan mangkuk, meja, kerusi dan lain-lain sama ada untuk kegunaan masjid sendiri ataupun disewa untuk kegunaan orang ramai.


AKTIVITI-AKTIVITI MASJID

Masjid ini meskipun berada dalam kawsan pekan kecil, tetap menjalankan pelbagai aktiviti berunsur keagamaan untuk anak-anak kariah mahupun orang ramai. Pelbagai bidang pengajian yang disediakan dimasjid ini yang diadakan setiap hari, setiap minggu dan bulanan. Kelas Al-Quran untuk kanak-kanak diadakan setiap hari pada waktu petang dan diajar oleh 2 orang ustazah yang berpengalaman. Pada setiap minggu, iaitu pada malam Selasa diadakan kelas pengajian Tafsir dan Fekah. Pada malam Rabu, kelas Tauhid dan pada malam Sabtu diadakan kelas tajwid. Semua ketiga-tiga kelas ini dadakan setiap minggu selepas solat Maghrib dan diajar oleh ustaz-ustaz yang berpengalaman contohnya kelas tafsir diajar oleh Ustaz Fadzil Hj Awang yang merupakan guru di Maahad Alor Setar. Kelas pengajian Tasawuf diadakan sebulan sekali dan diajar oleh Ustaz Ahmad Yahaya dari Tok Keling. Kebanyakan pelajar-pelajar ini terdiri daripada kaum ibu dan bapa. Kuliah subuh diadakan setiap pagi Jumaat. Ustaz-ustaz yang mengendalikan kuliah ini adalah seramai 5 orang dan bertugas bergilir-gilir termasuklah tuan imam sendiri.

Kutipan khairat dimasjid ini dikelolakan oleh Badan Kebajikan Am Masjid Gurun. Tugas ini adalah dibawah tanggungjawab Cikgu Haji Said bin Bakar. Kutipan tahunan khairat ini adalah sebanyak RM20. Sumbangan khairat ini akan diberikan kepada setiap anak-anak kariah dan isteri sebanyak RM500 dan RM100 untuk anak-anak. Selain itu, ia turut disumbangkan kepada balu dan anak-anak yatim.

Gotong-royong dijalankan 2 kali setahun bagi membersihkan kawasan masjid dan tanah perkuburan. Hampir 200 anak-anak kariah dan orang ramai yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong ini. Setiap kali diadakan aktiviti ini, sedikit jamuan ringan disediakan. Selain dari itu, hari-hari kebesaran islam turut diraikan dimasjid ini. Antaranya ialah Awal Muharam, Nisfu Sya’aban, Maulud Nabi, Nuzul Quran, Hari Raya Qurban dan lain-lain lagi. Setiap kali Hari Raya Qurban, sebanyak 7 ekor lembu akan disembelih dan dagingnya diedarkan kepada orang ramai. Sepanjang bulan Ramadhan, setiap petang, sebanyak 5 kawah bubur lambuk dimasak. Jamuan moreh turut diadakan pada setiap malam selepas solat tarawikh untuk meraikan jemaah-jemaah yang hadir.




ORGANISASI MASJID

Nama Pengerusi : Tuan Haji Mustafa b. Haji Saad (imam)
Alamat : Kampung Guar Nenas,
08300 Gurun, Kedah.
Telefon : -
Pekerjaan : Petani
Pendapatan : RM500
Usia : 72 tahun
Lama berkhidmat : 1992-sekarang


Nama Setiausaha : Tuan Haji Yusof b. Ismail AMN. BKM
Alamat : Kampung Jelatang,
08300 Gurun , Kedah
Telefon : 04-4686078
Pekerjaan : Pesara guru
Pendapatan : RM1000
Usia : 73 tahun
Lama berkhidmat : 35 tahun ke atas


Nama Bendahari : Haji Yusuf b. Abdullah
Alamat : Taman Gurun
08300 Gurun, Kedah.
Telefon : 04-4680025
Pekerjaan : Pesara (ustaz)
Pendapatan : RM500
Usia : 62 tahun
Lama berkhidmat : 3 tahun

Nama Siak : Haji Bakar b. Jasin
Alamat : Kampung Sungai Badak 2,
08300 Gurun, Kedah.
Telefon : -
Pekerjaan : Berniaga sendiri
Pendapatan : RM 400
Usia : 78 tahun
Lama berkhidmat : 45 tahun


Nama Bilal : Haji Abu Bakar b. Mat
Alamat : 148, Kampung Masjid Lama,
08300 Gurun, Kedah.
Telefon : 04-4686958
Pekerjaan : Pesara guru
Pendapatan : RM1000
Usia : 70 tahun
Lama berkhidmat : 1992-sekarang


AHLI JAWATANKUASA KARIAH MASJID

Pengerusi : Tuan Haji Mustafa B. Hj Saad
N/Pengerusi : Tuan Haji Yusuf B. Lebai Hassan
Setiausaha : Tuan Haji Yusof B. Ismail (Amn. Bkm)
P/Setiausaha : Tuan Haji Abd. Hamid B. Hj Zakaria
Bendahari : Tuan Haji Yusof B. Abdullah

Ajk :
• Tuan Haji Sabaris B. Hj Sharib
• Tuan Haji Mohd Nazir B. Hj Yusof

Audit :
• Tuan Haji Johari B. Md Isa
• Tuan Haji Yahya B. Hj Abu Hassan
Pegawai-Pegawai Masjid

Imam :
Tuan Haji Mustafa B. Haji Saad

Bilal :
1) Haji Md Isa B. Haji Husin
2) Haji Abu Bakar B. Mat

Siak :
1) Haji Abu Bakar B. Jasin
2) Mohd Zainol B. Haji Ahmad

P/Bilal :
1) Haji Md Isa B. Mat
2) Mohd Saad B. Hashim

P/Siak :
1) Haji Yaakob B. Arshad
2) Haji Abu Seman B. Haji Husin
3) Haji Mohd Daud B. Abdul




KELEBIHAN-KELEBIHAN MASJID

• Mempunyai jemaah yang ramai pada setiap masa kerana kedudukan masjid yang berada di tepi jalan memudahkan orang ramai singgah sama ada untuk mengerjakan solat ataupun menggunakan kemudahan yang disediakan.
• Mempunyai sebuah menara masjid yang baru setinggi 60 kaki
• Perpustakaan yang berhawa dingin, lengkap dengan sistem pengkomputeran.
Perpustakaan Masjid Gurun dimana lengkap dengan sistem perkomputeran




 
Kemudahan tempat meletak kenderaan yang disediakan di dalam masjid


Tempat mengambil wuduk yang luas

Struktur dalam yang dilengkapi alat penghawa dingin
Laluan berbumbung untuk jemaah

• Sistem tanah wakaf yang disewakan dapat menambahkan jumlah kutipan wang masjid.
• Mendapat sumbangan sebuah rumah wakaf yang terletak dibelakang masjid. Rumah ini digunakan sebagai tempat aktiviti kaum hawa dan tempat pengajian al-Quran bagi kanak-kanak.
• Terdapat sebuah tabika yang mempunyai guru-guru yang berkaliber mengajar disana.



MASALAH-MASLAH YANG DIHADAPI

•   Bumbung masjid bocor
•   Majlis-majlis dan aktiviti yang dianjurkan masjid kurang mendapat sambutan orang ramai
•   Kurangnya sumbangan daripada syarikat dan kilang-kilang sekitarnya untuk membiayai apa-apa keperluan masjid.



Tandas-tandas yang tidak diselenggara dengan baik









Keadaan bumbung dan cat masjid yang agak lama dan perlu ditukarkan




Tempat berwuduk  yang perlu dinaiktarafkan

PENDAHULUAN

Al-Hamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt
di atas nikmat dan limpahNya saya dapat meneruskan kehidupan sebagaiseorang umat islam.Selain itu tidak lupa kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat-sahabat.Tujuan saya menulis  esei ini adalah untuk mengenali tentang peranan dan sumbangan masjid kepada masyarakat.Masjid amat penting buat umat islam.Masjid menggambarkan keperibadian umat islam.Dari Anas bin Malik r.a berkata:
Ertinya:
Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".
Keterangan
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.~
Oleh itu,saya Mohamad Rasidi bin Rasali akan merungkai masjid  yang amat terkenal di daerah saya iaitu Masjid Gurun.Masjid ini banyak menyumbang pelbagai sumbangan terhadap individu serta masyarakat di sana.






PENGHARGAAN


Al-Hamdulillah, penulis panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt
di atas keizinan dan limpah kurniaNya yang tidak terhingga, selawat dan salam
kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw di atas usaha dakwah dan jihadnya
yang membolehkan umat manusia mengenali erti Islam dan iman.
Penulis mengucap jutaan terima kasih kepada ayah-bonda, majikan (Uitm) yang
memberi peluang kepada penulis menyambung pelajaran. Begitu juga kepada
anak-anak dan isteh yang banyak memberi semangat, dorongan dan bantuan
serta sama-sama memahami susah payah yang dialami. Segala yang kurang
adalah dari diri penulis dan segala yang baik serta sempurna adalah milik Allah
swt.
Ucapan terima kasih dihulurkan juga kepada Ustaz Abdul Aziz Harjin,UITM Arau,Perlis  yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan teguran yang membina. Begitu juga kepada teman-teman di kolej dan di tempat tinggal yang memberi dorongan dan bantuan yang diperlukan.Begitu juga kepada orang perseorangan yang banyak membantu penulis seperti masyrakat daerah Gurun yang banyak memberi informasi tentang Masjid Gurun.Tidak lupa juga barisan majlis tertinggi Masjid Gurun iaitu Tuan Haji Mustafa bin Hj.Saad merangkap imam masjid serta ajk-ajk masjid yang banyak membantu saya serta telah menyumbangkan pelbagai pendapat dan bahan-bahanuntuk mendapat maklumat terutama tentang sejarah awal Masjid Gurun, juga kepada semua responden yang memberi kerja sama dan makluma tyang diperlukant, penulis ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Wassalam,

Yang Benar.


Mohd Rasidi bin Rasali
2011294796
Fakulti Pengurusan Perniagaan,Diploma Analisis Pelaburan
BMD1Ch

ABSTRAK

    Saya Mohamad Rasidi bin Rasali daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan,Diploma Analisis Pelaburan telah menjalankan kajian tentang "Peranan Majid Gurun Mengubah Pemikiran Masyarakat Setempat".Kajian ini adalah untuk menyelidik tentang peranan masjid mengikut perpektif Islam. Antara peranan masjid ialah mengubah dan membina pemikiran masyarakat untuk menjadikan mereka masyarakat yang beriman, bertakwa danbersatu padu. Untuk tujuan ini, penulis memilih Masjid Gurun sebagai sasarankajian.Kajian ini juga ada menjelaskan sejarah pemikiran Islah Kedah dan
pegangan mereka, Pemikiran Islam dan Barat dari sudut bahasa, istilah, tokohtokoh
pemikir-pemikir itu, ciri-ciri pemikiran Islam serta faktor-faktor yang
mempengaruhi pemikiran manusia.

     Kajian ini menyelidiki peranan Masjid Gurun, sambutan masyarakat
terhadap program-programnya, kesesuaian program itu dengan masyarakat
setempat, peranan masjid dalam mengubah sikap, budaya dan pemikiran
masyarakat setempat dan memaksimumkan peranan masjid dalam pembangunan
masyarakat. Pada akhir perbincangan penulis membuat kesimpulan dan
cadangan.

ISI KANDUNGAN



TAJUK
PENGHARGAAN
ABSTRAK
PENDAHULUAN
HURAIAN
PENUTUP